Pages

Saturday, April 2, 2011

Tentera Bersekutu lakukan 'jenayah kemanusiaan': Libya

Berita Harian Online | Tentera Bersekutu lakukan 'jenayah kemanusiaan': Libya: "
TRIPOLI: Rejim Presiden Muammar Gaddafi hari ini menuduh pasukan tentera antarabangsa melakukan 'jenayah kemanusiaan' berikutan tindakan berterusan melancarkan pengeboman terhadap orang awam.

Jurucakap kerajaan, Mussa Ibrahim, berkata tindakan tentera Bersekutu yang melakukan serangan udara dan laut dengan mensasarkan rakyat Linya sebenarnya 'penjenayah' dan 'golongan tidak bermoral' sehingga sanggup melakukan jenayah kemanusiaan.

Ibrahim berkata, enam orang awam terbuhih semalam selepas serangan di perkampungan Bouargoub, berdekatan bandar minyak Brega, di timur Tripoli.
Kawasan itu kini tercetus penentangan sengit antara tentera Kadhafi dengan kumpulan pemberontak. - AFP"

No comments:

Post a Comment