Pages

Thursday, April 7, 2011

Taktik Gaddafi runding, serang




ABDEL FATTAH menuduh NATO lambat bertindak terhadap tentera Gaddafi.
ABDEL FATTAH menuduh NATO lambat bertindak terhadap tentera Gaddafi.


Beri syarat letak senjata tetapi bedil Misrata
TRIPOLI: Rejim Muammar Gaddafi sedia berunding dengan pemberontak negara itu mengenai pelaksanaan pembaharuan pada masa depan dengan syarat mereka melucutkan senjata.
“Mereka (pemberontak) perlu melucutkan senjata. Kemudian mereka boleh sertai proses politik,” kata Timbalan Menteri Luar Libya, Khaled Kaim, pada sidang media lewat kelmarin.

Katanya, proses itu mungkin diberi jaminan Kesatuan Afrika (AU) dan pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang akan ‘menghapuskan sebarang keraguan.’

Ketua Turus pemberontak, Abdel Fattah Younis, yang juga bekas Menteri Dalam Negeri Libya, pula mengecam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), menuduh pertubuhan itu tidak melakukan apa-apa untuk membantu penentang Gaddafi.

Beliau menyalahkan prosedur birokrasi NATO khususnya melancarkan tindakan lapan jam selepas mendapat maklumat mengenai sasaran di Libya.

“Orang awam akan mati dan jenayah ini akan menconteng arang di muka masyarakat antarabangsa. Apa yang dilakukan NATO?’ tanya Younis.
Satu jawatankuasa AU terdiri daripada pemimpin Mauritania, Mali, Congo, Afrika Selatan dan Uganda akan melawat Libya minggu depan bagi membantu mencari penyelesaian terhadap krisis di Libya.

Gaddafi juga dilaporkan menghantar mesej kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama selepas negara itu mengundurkan pesawatnya dari ruang udara Libya.

Seorang misi Majlis Hak Asasi Manusia PBB juga akan turut melawat Libya mulai 15 April ini, kata Kaim yang menolak Majlis Peralihan Nasional yang dibentuk pemberontak, mewakili rakyat Libya.

Jurucakap kerajaan Libya Mussa Ibrahim berkata Isnin lalu bahawa rejim Gaddafi bersedia untuk rundingan berhubung pilihan raya atau pungutan suara, namun peletakan jawatan pemimpin Libya itu tidak boleh dirundingkan.

Di sebalik tawaran itu, tentera setia kepada Gaddafi terus membedil bandar Misrata sejak Selasa lalu menyebabkan dua orang terbunuh, kata pemberontak.

Misrata menolak pemerintahan Gaddafi apabila pemberontakan meletus sejak Februari lalu. Sebagai tindak balas, tentera Gaddafi kemudian menawan semula banyak kawasan berdekatan yang memutuskan hubungan dari Misrata menyebabkan bekalan keperluan semakin kehabisan.

“Misrata dibedil kereta kebal dan diserang dengan mortar. Bedilan bermula pada 10 pagi dan berhenti pada 5 petang waktu tempatan,” kata seorang pemberontak, Abdelsalam, di telefon.

“Keadaan kini semakin teruk. Malangnya, operasi tentera bersekutu tidak berkesan di Misrata. Orang awam maut setiap hari,” katanya lagi. – AFP/Reuters
Berita Harian Online | Taktik Gaddafi runding, serang

No comments:

Post a Comment