Pages

Thursday, April 28, 2011

Syria ketat kawalan dilokasi protes


AMMAN: Tentera Syria mengetatkan kawalan di tempat utama protes rakyat yang menentang Presiden Bashar al-Assad, semalam.
Saksi berkata, sekurang-kurangnya 30 kereta kebal kini meronda di selatan Deraa yang menjadi lokasi penting kebangkitan rakyat sejak hampir enam minggu lalu.

Berpuluh-puluh bas pula membawa tentera untuk berkawal di bandar pinggir Damsyik, Douma, manakala pemantauan keselamatan diperketatkan di bandar Banias.

Kata saksi, tentera terbabit membawa kelengkapan perang bagi mengawal Douma yang menjadi sasaran penunjuk perasaan sejak dua minggu lalu.

Sementara itu, Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, mereka memiliki nama 453 orang yang terkorban dibunuh tentera kerajaan sepanjang tempoh protes di seluruh negara bagi menolak penguasaan kerajaan Bashar.

Syria dikuasai keluarga Assad sejak bapa Bashar, Hafez, berkuasa di negara itu pada 1970.


Diplomat berkata, tentera yang dihantar ke Deraa adalah unit yang setia kepada kerajaan dan dipimpin saudara kandung Bashar, Maher. - Reuters, mymetro

No comments:

Post a Comment