Pages

Monday, April 18, 2011

Serangan besar-besaran di Ajdabiyah, penduduk larikan diri


AJDABIYAH 18 April – Kawasan barat bandar Ajdabiyah hari ini digegarkan dengan serangan bom dan tembakan bertubi-tubi oleh rejim tentera Libya ke atas pemberontak, memaksa beratus-ratus penduduk melarikan diri ke bandar lain ketika misi menyelamat pelarian

di Misrata sedang dijalankan.
Serangan tersebut tercetus sehari selepas pasukan tentera Muammar Gaddafi melancarkan serangan roket ke atas pemberontak dan menyebabkan lapan orang terbunuh serta 27 cedera.
“Pasukan tentera Gaddafi menceroboh dan mengebom barat bandar Ajdabiyah. Bunyi tembakan yang bertubi-tubi menyebabkan ramai penduduk melarikan diri,” kata penyokong pemberontak, Omar Salim Mufta. – AFP

No comments:

Post a Comment