Pages

Thursday, April 28, 2011

Semua pihak gesa tamatkan pemerintahan Gaddafi



PARIS: Ketua-ketua dan perwakilan 61 puak di seluruh Libya semalam menggesa ditamatkan pemerintahan Encik Muammar Gaddafi, dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh seorang penulis Perancis, Encik Bernard-Henri Levy.
'Dihadapkan dengan ancaman terhadap perpaduan negara kami, dihadapkan dengan tindakan dan propaganda diktator itu dan keluarganya, kami dengan penuh takzim mengisytiharkan: Tidak ada sesuatu pun yang akan memecah-belahkan kami,' kata teks kenyataan yang ditulis di Benghazi bertarikh 12 April lalu itu.'Kami berkongsi impian yang sama tentang sebuah Libya yang bebas, demokratik dan bersatu,' katanya.'Sebuah Libya untuk esok, apabila diktator itu telah pergi, akan menjadi sebuah Libya yang bersatu, dengan Tripoli sebagai ibu kotanya dan di mana kami pada akhirnya akan bebas membina sebuah masyarakat sivil menurut keinginan kami sendiri,' tambahnya.Terkenal sebagai seorang intelek di Perancis, Encik Levy kini menjadi jurucakap tidak rasmi bagi pihak pemberontak Libya di Paris dan bertanggungjawab menggesa Presiden Nicholas Sarkozy untuk menggerakkan sokongan politik dan tentera baginya.Beliau memberitahu agensi berita AFP bahawa kenyataan itu disiapkan di Benghazi, kawasan timur Libya yang menjadi kubu para pemberontak, dan kini disokong ramai pemimpin puak yang berpengaruh di kawasan-kawasan yang masih dikuasai Encik Gaddafi.Sementara itu, Kesatuan Afrika (AU) semalam menggesa agar dihentikan tindakan tentera ke atas para pegawai kanan Libya, selang dua hari selepas satu serangan udara tentera berikat menyerang perkarangan kediaman Encik Gaddafi di Tripoli. -- AFP.cyberita

No comments:

Post a Comment