Pages

Sunday, April 3, 2011

Saif al-Islam belot?


TERUS LAWAN...pemberontak melepaskan tembakan ke arah kawasan dikuasai tentera setia kepada Gaddafi berhampiran bandar Brega, semalam.
TERUS LAWAN...pemberontak melepaskan tembakan ke arah kawasan dikuasai tentera setia kepada Gaddafi berhampiran bandar Brega, semalam.


LONDON: Anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif al-Islam, didakwa mencuba beberapa kali menghubungi perisik Britain dan Itali, dipercayai dalam usahanya berpaling tadah daripada rejim pemimpin Libya itu.
Menurut sumber perisikan Britain, agensi rahsia MI6 berhubung dengan tokoh yang berpengaruh dalam kerajaan Gaddafi itu beberapa kali sejak tiga minggu lalu.

Katanya, ada tanda-tanda menunjukkan Saif al-Islam, 38, bersama ahli keluarganya akan bertindak mengkhianati Gaddafi.

“Bagaimanapun, kami menegaskan Saif al-Islam tidak boleh memainkan peranan bagi Libya pada masa depan,” katanya.

Pada masa sama, sumber itu berkata, pegawai perisikan mungkin dibenarkan masuk ke Britain jika dia benar-benar mahu berpaling tadah seperti dilakukan Menteri Luar Libya, Musa Kusa, yang menaiki pesawat peribadi dari Tunisia ke Farnborough Khamis lalu.


Sementara itu, pegawai kanan Libya mendakwa, hubungan Saif dengan pegawai negara luar adalah sebahagian daripada usaha tokoh yang rapat dengan Gaddafi mencari jalan selamat meninggalkan negara itu.

Bekas Perdana Menteri Libya, Abdul Ati al-Obeidi, berkata mereka menghubungi pegawai Britain, Perancis dan AS supaya berhenti membunuh warga Libya.

“Kami cuba mencari persefahaman dengan mereka,” katanya.

Sumber lain berkata, Saif al-Islam yang mempunyai hubungan rapat dengan Britain mencari jalan mendapatkan persetujuan Barat mengenai rancangannya melarikan diri dari Libya.

“Kami menegaskan, selain Saif al-Islam, bapanya juga mesti berundur,” katanya.


Sumber kerajaan pula mengesahkan pegawai Kementerian Luar Britain mengadakan perbincangan lebih 30 minit dengan orang kepercayaan Saif al-Islam, Mohammed Ismail, di London awal minggu ini. - DM
myMetroSaif al-Islam belot?

No comments:

Post a Comment