Pages

Friday, April 1, 2011

Pembantah ancam rempuh istana jika Presiden Yaman enggan undur





TERUS MEMBANTAH: Para pembantah antipemerintah melaungkan slogan-slogan meminta peletakan jawatan Presiden Yaman, Encik Ali Abdullah Saleh, dalam satu bantahan di luar Universiti Sanaa, kelmarin. -- Foto REUTERS


SANAA: Puluhan ribu pembantah antipemerintah di Sanaa, ibu kota Yaman, kelmarin berikrar merempuh ke Istana Presiden mereka hari ini jika Presiden Ali Abdullah Saleh enggan meletak jawatan dan meninggalkan Yaman segera.
'Cukup! Cukup!' laung para pembantah yang dipimpin gerakan belia dengan perasaan marah, sambil melambaikan tangan mereka ke arah Istana Presiden itu.Para pembantah itu keluar daripada khemah-khemah mereka di luar bangunan Universiti Sanaa dan berarak sepanjang jalan raya ke arah Istana Presiden itu buat kali pertama sejak enam minggu lalu, dengan tujuan menggesa Encik Saleh meninggalkan jawatannya segera.'Kami akan meneruskan perhimpunan kami sehingga Saleh dan rejimnya yang rasuah pergi,' kata seorang pembantah wanita, Cik Sayyida Ahmed, kepada agensi berita Xinhua semasa perarakan itu.'Kami mahu dia tahu, 'Sudah cukuplah'!' ujarnya.Para pembantah berkata mereka enggan mengadakan sebarang perbincangan atau rundingan damai dengan Encik Saleh selepas kehilangan 'nyawa 52 pembantah di dataran itu pada 18 Mac lalu'.Sumber-sumber daripada kededua parti memerintah dan pembangkang berkata, Encik Saleh dan para pemimpin pembangkang sedang meneruskan rundingan mencari penyelesaian terhormat bagi presiden itu.Kebanyakan permintaan Encik Saleh adalah bagi memastikan kehidupan yang selesa bagi keluarga beliau dan satu jaminan bahawa tidak ada seorang pun anggota keluarganya yang akan didakwa selepas beliau meletak jawatan, yang dianggp sukar diterima oleh pihak pembangkang.Ini khususnya selepas ratusan ribu pembantah menggesa agar Encik Saleh dan keluarganya didakwa atas dakwaan 'pembunuhan beramai-ramai' itu.Pihak penganjur bantahan itu memberitahu Xinhua bahawa, jika Encik Saleh tidak meninggalkan jawatannya menjelang semalam, hari ini akan menjadi 'Hari Pembebasan' bagi mereka kerana satu juta pembantah sedang berarak ke istana Encik Saleh.Sebelum ini, presiden Yaman itu telah membuat satu tawaran balas kepada para pembantah, yang mengusulkan agar beliau kekal memegang jawatannya sehingga pilihan raya akan datang tetapi memindahkan kuasanya kepada satu pemerintah sementara, kata seorang sumber pembangkang, kelmarin.Pihak pembangkang menolak tawaran yang dibuat dalam mesyuarat pada Selasa itu, dengan jurucakapnya menyifatkan ia 'satu percubaan memanjangkan tempoh kewujudan rejim itu'. -- Agensi.

No comments:

Post a Comment