FUKUSHIMA - Pekerja di loji nuklear Jepun mula berhadapan dengan masalah kesihatan seperti insomnia, dehidrasi, tekanan darah tinggi dan berkemungkinan menghidap kemurungan atau masalah jantung. Menurut pakar kesihatan yang melawat kumpulan pekerja itu kelmarin, keadaan berbahaya di loji itu meningkatkan kebimbangan mengenai banyak lagi masalah kesihatan lain akan mula dilaporkan. Kumpulan pekerja itu berusaha mengawal keadaan di loji Fukushima Daiichi yang mengalami kebocoran radiasi selepas rosak teruk akibat gempa bumi kuat pada 11 Mac lalu. Pengendali loji, syarikat Tokyo Electric Power mengumumkan 245 pekerja daripada syarikat itu ditempatkan di loji tersebut, selain dibantu oleh tentera, bomba dan pegawai polis. Jepun semalam mengumumkan zon perpindahan seluas 20 kilometer dari loji itu kini menjadi kawasan larangan dan individu yang menceroboh akan dikenakan denda sehingga AS$1,200 (RM3,600) bagi menghalang penduduk kembali ke rumah masing-masing demi keselamatan mereka. |
Pages
▼
No comments:
Post a Comment