Pages

Friday, April 22, 2011

Nato ingatkan orang awam jauhi tentera Gaddafi



MISRATA: Nato semalam memberi amaran kepada orang awam supaya menjauhkan diri daripada serangan udaranya terhadap tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi.
Amaran itu dikeluarkan selepas media rasmi Libya melaporkan tujuh orang awam terbunuh dan 18 cedera dalam serangan udara pakatan itu yang mensasarkan Khellat Al-Ferjan, kawasan pinggir barat daya Tripolio awal semalam.


“Perancang dan juruterbang kami memberi tumpuan untuk mengurangkan ancaman terhadap orang awam apabila serangan dilakukan,” kata Leftenan Jeneral Charles Bouchard yang bertanggungjawab terhadap operasi Nato.


Menurutnya, orang awam boleh membantu dengan menjauhkan diri daripada tentera Gaddafi.


Di Paris, pemimpin pemberontak, Mustafa Abdel Jalil berkata, pihaknya menjangka Nato akan melancarkan serangan besar-besaran terhadap tentera Gaddafi sedikit masa lagi.


“Kami yakin Gaddafi akhirnya akan digulingkan. Tetapi kami mahu ia dilakukan secepat mungkin,” katanya. - AFP, mymetro

No comments:

Post a Comment