Pages

Sunday, April 10, 2011

NAFSU MAKAN GANJIL





SETIAP 30 MINIT MENGIDAM: Cik Adele Edwards mengunyah sepan kusyen yang terasa manis bak gula-gula. - Foto TLC



Ada yang melahap batang-batang besi, tanah liat, pasir, tahi, kapur, pena, kertas, sudu, bateri, sabun, syampu, poliester dan sepan.

APABILA perut Cik Adele Edwards mulai berkeroncong dan kelaparan, beliau tidak akan bergegas menuju ke dapur untuk mencari cemil-cemilan.Sebaliknya, beliau hanya duduk di ruang tamu dan menyiat cebisan sepan dari kerusi malasnya sebelum mengunyah sepan tersebut ibarat keropok atau manisan candy!Cik Edwards, seorang warga Amerika berusia 30 tahun, juga ketagih makan getah walaupun beliau sedar, tabiat pemakanannya itu boleh meragut nyawanya.'Rasanya, sepan dan poliester itu jauh lebih sedap berbanding biskut atau kek! Saya tak mampu berhenti menelannya! Saya ketagihan dan sejauh ini, lapan kusyen sofa dan lima kusyen kerusi di rumah saya 'jahanam' gara-gara si raksasa buas... sayalah tu... menelannya sehingga kenyang! Agaknya, lebih 100 kilogram bahan sintetik telah saya telan!' ceritanya kepada tabloid The Mirror.Tabiat pemakanannya yang menggila dan menjejas mutu kesihatan itu merupakan gangguan pemakanan dan penyakit yang dipanggil pica.Ia diambil sempena perkataan Latin bagi burung murai (magpie), burung yang dikenali dengan tabiatnya yang memakan apa sahaja.Kebanyakan pesakit pica adalah wanita dan kanak- kanak. Mereka yang menghidap pica mempunyai nafsu makan yang ganjil untuk tempoh lebih sebulan lamanya. Ada pesakit yang makan besi, tanah liat, pasir, tahi, kapur, pena, kertas, sudu, bateri, sabun, syampu, poliester dan sepan.Cik Edwards bagaimanapun mengakui dirinya merintih kerana terasa tabiat tersebut boleh membawanya di ambang maut.Beliau sering keluar masuk hospital dan baru-baru ini, beliau terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan kerana ususnya tersumbat dek memakan sepan kusyen berlebihan.Para doktor yang prihatin dengan keadaannya turut memberi amaran, jika perbuatan itu tidak dihentikan, alamat anak-anaknya itu akan menjadi anak yatim tidak lama lagi.'Saya ingin berhenti makan sepan, tetapi saya tak mampu dan tiada daya upaya berbuat demikian.'Pada usia 10 tahun, saya sudah mula makan sepan kusyen selepas melihat sepupu saya menyiat sarung kusyen dan memakan sepan, semudah dia mengunyah singgam!'Memang perbuatan itu aneh, tetapi selepas mencubanya dan membiarkan rasa sepan itu melekat di lidah saya, seronok pula rasanya. Saya sukakan tekstur sepan itu dan mengunyahnya selalu. Kadangkala, saya menelan cebisan sepan itu seakan-akan ia manisan candy! Rasanya manis macam gula-gula!' ujar Cik Edwards, tersenyum girang, seakan-akan kanak-kanak yang mengidam coklat.Ditanya tidakkah ibu bapanya bimbang dengan selera makannya yang pelik itu, Cik Edwards berkata, perkara itu pada awalnya dirahsiakan daripada pengetahuan ibu bapanya.'Saya stres apabila ibu bapa saya bercerai. Secara tidak langsung, saya menjadi penagih sepan kusyen! Saya tidak bersikap terbuka terhadap ketagihan saya ini kerana bimbang ada yang menyangka saya pelik. Justeru, setiap kali kelaparan, saya akan perlahan-lahan menuju ke sofa, membuka sarungnya dan menyiat sepan di dalam kusyen itu. Saya hanya senyap-senyap makan di dalam bilik atau bilik air!' ujarnya.Ibunya, bagaimanapun, mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Si ibu akan bertanyakan tentang sofa yang tampak berbonjol-bonjol atau senget sebelah dan tidak rata. Namun, beliau tidak sangka anaknya itulah yang menjahanamkan kusyen tersebut dengan memakan sepannya!SAKIT KRONIK'Rahsia saya itu tidak dapat disimpan lama. Selepas lima tahun, saya mula kerap sakit perut yang tidak tertanggung lagi! Saya meraung-raung di bilik. Nak buang air besar, sembelit pula!' jelasnya mengenai pengalaman perit itu.Beliau kemudian dihantar ke hospital dan dikesan menghidap masalah pembuangan najis kronik.Pemeriksaan x-ray menunjukkan cebisan sepan dan bahan poliester menyekat usus kecilnya dan menghambat penghadaman makanan.'Doktor tanya sama ada saya termakan sepan. Saya buat-buat tak tahu apa-apa tapi akhirnya, saya menangis kerana terlalu takut!' katanya lagi.Saluran najis yang sumbat itu kemudian diredakan apabila doktor memberinya julap untuk memudahkannya membuang air besar.Kajian menunjukkan bahawa pica berpunca daripada kekurangan zat besi.Pelbagai sesi terapi disarankan untuk Cik Edwards. Sayangnya, sesi tersebut tidak membawa sebarang kesan kerana beliau mencari sumber sepan gantian jika ibunya melarangnya mendekati sofa di ruang tamu.'Saya menggeledah almari ibu dan terjumpa sepan pada blausnya. Saya juga temui bahan gabus pada berus cat. Saya mula menjilatnya seakan ia lolipop!'Memanglah sepan blaus ibu lebih bersih daripada sepan sofa yang berhabuk! Sungguhpun begitu, saya tetap rindukan bau hapak kusyen kerusi malas! Saya akan mengambil sepan blaus ibu dan mengesatnya atas lantai berdebu sebelum memakannya! Kotor tetapi saya suka!' katanya, tanpa sedikit pun mengerutkan wajahnya.Chansey, teman lelakinya yang berusia 26 tahun, berkali-kali memujuknya supaya menghentikan perbuatan itu.'Ia ibarat meminta orang kaki botol berhenti minum arak. Saya cuba juga berhenti tetapi air liur saya pula meleleh tanpa henti! Apabila doktor memberitahu saya sepan itu meracuni tubuh saya, saya terasa gementar dan tidak dapat bayangkan kehidupan anak-anak saya. Kalau saya mati dan orang tanya mereka sebabnya, bayangkan kalau jawapannya... ibu mati kerana banyak makan kusyen!' Cyberita Online Ekstra!

No comments:

Post a Comment