Pages

Saturday, April 2, 2011

Militan penggal tiga pengawal kenderaan anggota NATO

Berita Harian Online | Militan penggal tiga pengawal kenderaan anggota NATO: "
PESHAWAR: Militan memenggal tiga pengawal keselamatan awal semalam di sebuah terminal trak anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan merosakkan 10 lori tangki di kawasan puak bergolak Pakistan bersempadan Afghanistan.

Pembunuhan itu berlaku di pusat bekalan kenderaan NATO di Landi Kotal, sebuah bandar di daerah puak bergolak Khyber di mana bekalan secara pukal dihantar kepada tentera asing di Afghanistan melaluinya.

“Kami temui tiga mayat pengawal keselamatan dipenggal dari terminal simpanan trak NATO awal Jumaat,” kata pegawai pentadbiran puak Khan Khattak.
“Serangan itu turut merosakkan 10 lori tangki dengan meriam dan senjata kecil namun tiada kebakaran kerana lori terbabit kosong dan kembali dari Afghanistan selepas menghantar bekalan,” kata Khattak.

Pemandu meletakkannya di terminal dalam perjalanan pulang untuk bermalam di hotel berhampiran, katanya.

“Ia kerja militan,” balas Khattak apabila ditanya siapa menjadi dalang di sebalik pembunuhan itu. – AFP"

No comments:

Post a Comment