Pages

Sunday, April 10, 2011

Mangsa bencana pindah ke hotel mewah

TOKYO: Beberapa mangsa gempa bumi dan tsunami yang kehilangan tempat tinggal mula berpindah ke sebuah hotel mewah di bandar raya ini semalam.
Hotel Grand Prince Kasaka, yang sebahagian biliknya berharga 150,000 yen (RM5,750) satu malam, akan menjadi tempat tinggal sementara untuk kira-kira 360 mangsa.

Makanan akan disajikan tiga kali sehari dengan bayaran RM10.60 untuk sarapan dan RM17 untuk makan mtengah hari dan malam sementara bayaran untuk penginapan dikecualikan.
Hotel 40 tingkat itu yang pernah menjadi tempat kegemaran ahli politik serta selebriti, ditutup bulan lalu selepas beroperasi selama 55 tahun. Ia dijangka dirobohkan Julai depan, bermakna mereka yang menginap di situ terpaksa berpindah sekali lagi.

“Saya cemas setiap kali memikirkan masa depan saya. Tetapi buat masa ini, mungkin saya selesa kerana dapat tinggal di sebuah hotel mewah,” kata seorang mangsa, Shoichi Ono, dari Fukushima. - AP
myMetroMangsa bencana pindah ke hotel mewah

No comments:

Post a Comment