Pages

Saturday, April 23, 2011

Mahkamah arah nama Hosni, Suzanne ditukar


KAHERAH: Sebuah mahkamah mengarahkan semua institusi awam menggunakan nama Hosni Mubarak atau ahli keluarganya digantikan dengan nama lain, semalam.
Perintah itu dikeluarkan seminggu selepas bekas presiden terbabit bersama dua anak lelakinya direman untuk disiasat dalam dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Peguam yang memfailkan permohonan itu, Samir Sabry, berkata kewujudan nama Hosni serta keluarganya pada bangunan dan jalan ketika mereka dilihat sebagai simbol rasuah adalah provokasi kepada sentimen rakyat.

“Mengapa nama mereka perlu dikekalkan? Anda mengambil nama seseorang sebagai penghormatan, tetapi kini adakah kita perlu menghormatinya?” katanya.

Hujah itu diterima mahkamah.

Justeru, mulai semalam, semua nama dan gambar Hosni, dan isterinya, Suzanne akan dipinda daripada semua tempat awam, jalan, sekolah, persatuan, perpustakaan dan seluruh institusi Mesir.


Perintah itu dikeluarkan hakim Hassan Omar.

Kata Hassan, kewujudan nama Mubarak, 82, menyebabkan kerosakan besar dan penderitaan berpanjangan kepada keluarga mangsa pembunuhan pasukan keselamatan Mesir ketika rakyat negara itu bangkit berdemonstrasi menolak kerajaan sebelum ini. - Reuters, mymetro

No comments:

Post a Comment