Pages

Saturday, April 9, 2011

Lima rakyat Palestin maut

GAZA: Serangan udara Israel di Semenanjung Gaza menyebabkan dua pejuang Hamas dan tiga orang awam Palestin terbunuh semalam, dalam insiden keganasan terbaru yang berterusan untuk hari kedua.
Tentera Israel, berkata mereka mengenal pasti dua anggota skuad Hamas dan menyerang mereka dari udara dan darat. Seorang warga tua dan wanita mati apabila kediaman mereka di Khan Younis diserang, manakala empat lagi wanita cedera, lapor sumber hospital. Serangan itu berlaku selepas kumpulan serpihan Palestin menembak dua roket ke arah Israel pada waktu Subuh.

Pertempuran di sempadan berkurangan sejak dua tahun lalu tetapi memuncak secara tiba-tiba baru-baru ini apabila kumpulan Hamas yang memerintah Gaza melepaskan bedilan roket ke arah Israel, mencetuskan serangan balas yang mengorbankan 16 rakyat Palestin bulan lalu. Penganalisis di Gaza, berkata Hamas ingin memperkukuh pemerintahannya di negara Palestin yang berpecah dua itu dan mengalihkan perhatian ekoran pergolakan yang berlaku di negara Arab - untuk mengakhiri perpecahan dengan Fatah.
Israel melancarkan serangan udara dua hari berturut-turut sejak kelmarin apabila anggota Hamas menembak peluru berpandu antikereta perisai ke arah sebuah bas sekolah Israel, menyebabkan dua orang cedera. Hamas mengaku bertanggungjawab ke atas serangan bas sekolah itu dan penganalisis Yahudi berkata serangan Hamas itu adalah sebagai membalas serangan udara Israel pada 2 April lalu yang membunuh tiga penduduk Gaza. Dalam pada itu, sebanyak 45 tembakan roket dan mortar dilepaskan pejuang di Gaza ke arah Israel, kelmarin. — Reuters
myMetro | Lima rakyat Palestin maut

No comments:

Post a Comment