Pages

Saturday, April 23, 2011

Enam askar maut di sempadan Thailand-Kemboja


Foto
Foto
Seorang askar Thailand dibantu rakannya selepas cedera dalam pertempuran di sempadan dengan tentera Kemboja yang turut menyebabkan penduduk dekat kawasan dua negara itu dipindahkan ke tempat lebih selamat. Sekurang-kurangnya enam askar maut dalam pertempuran terbaru. Ia kejadian pertama dilaporkan sejak dua negara itu bertarung empat hari berturut-turut pada Februari lalu. Dalam kejadian di kuil kurun ke 11, Preah Vihear, sekurang-kurangnya lapan terbunuh. Pertempuran tercetus beberapa kali sejak 2008, apabila kuil Preah Vihear diberikan status Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Gabenor wilayah Surin, di Thailand, Serm Chainarong, tempat pertempuran berlaku, berkata pihak berkuasa di sana bersiap sedia memindahkan 5,000 penduduk. Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Leftenan Jeneral Chhum Socheat, berkata pertempuran berlaku di sekitar kuil yang juga menjadi pertikaian di Ta Krabey, 250 kilometer ke barat Preah Vihear. – AP

No comments:

Post a Comment