Pages

Friday, April 1, 2011

Elizabeth Taylor tinggal harta RM3.025 bilion

LOS ANGELES: Bintang legenda Hollywood, Elizabeth Taylor yang meninggal dunia 23 Mac lalu, dilapor meninggalkan harta lebih AS$1 bilion (RM3.025 bilion).

Harta yang dimiliki pemenang anugerah Oscar itu menjadikan mendiang salah seorang daripada 14 wanita paling kaya di dunia atas usaha sendiri, lapor laman web akhbar The Independent.

Di Hollywood, Taylor diketahui mempunyai koleksi barang kemas dan perhiasan bernilai kira-kira AS$270 juta (RM816.7 juta) dan beliau adalah aktres pertama menerima bayaran AS$1 juta (RM3.025 juta) di Hollywood.
Antara koleksi barang kemas beliau ialah rantai bertatahkan berlian dan delima jenama Cartier dihadiahkan suaminya Mike Todd.

Selain itu beliau juga memiliki sebentuk cincin bertatah berlian Krupp 33.19 karat yang dihadiahkan suami kelimanya, Richard Burton.

Burton membeli berlian itu dalam acara lelongan harta kepunyaan Vera Krupp, isteri kedua Alfried Krupp, jutawan industri besi Jerman, pada 1968 dengan harga AS$305,000 (RM921,702) – Agensi
Berita Harian Online | Elizabeth Taylor tinggal harta RM3.025 bilion: "

No comments:

Post a Comment