Pages

Monday, April 25, 2011

Bapa CD meninggal dunia


NORIO OHGA memegang cakera mini Sony pada bulan Mei 1991 di New York.

TOKYO - Bekas Presiden Sony, Norio Ohga yang membantu mengubah industri muzik dengan memajukan format cakera padat (CD) meninggal dunia semasa berumur 81 tahun.
Graduan sekolah muzik itu yang menjadi presiden dari 1982 hingga 1995 meninggal dunia pada Sabtu lalu kerana kegagalan beberapa organnya berfungsi.
Di bawah kepimpinan Ohga, Sony merevolusikan industri muzik dengan format CD pada 1982 bersama dengan syarikat Royal Philips Electronics.
Keputusannya untuk membeli syarikat Columbia dengan harga AS$3.2 bilion (RM10.21 bilion) pada 1989 sekali gus menjadikan Sony sebagai konglomerat hiburan.
Dia turut mereka bentuk logo Sony dan pada zaman pentadbirannya, syarikat itu memasuki pasaran permainan video.
Pada 1993, Ogha melancarkan syarikat Sony Computer Entertainment Inc yang terlibat dalam pasa-ran permainan video yang didominasi syarikat Nintendo dan Sega. - Agensi

No comments:

Post a Comment