Pages

Saturday, April 2, 2011

Australia: Penangkapan Patek boleh cetuskan serangan balas

SYDNEY: Australia semalam memberi amaran bahawa penangkapan seorang yang didakwa mendalangi serangan bom di Bali pada 2002, Umar Patek, di Pakistan boleh mencetuskan serangan balas ke atas orang Barat di Indonesia, sambil menasihati warganya jangan ke Indonesia.
Rabu lalu, para pegawai berkata seorang lelaki yang dipercayai Patek, antara orang yang paling dikehendaki di Asia Tenggara, kini dalam tahanan Pakistan.Patek, yang ada ganjaran AS$1 juta ( $1.3 juta) bagi penangkapannya, dituduh menjadi penyelaras lapangan bagi serangan ke atas kelab malam di Bali yang membunuh lebih 200 orang, hampir 90 daripada mereka warga Australia.Dalam nasihatnya di laman webnya, Jabatan Ehwal Luar dan Perdagangan Australia berkata warga Australia yang hendak ke Indonesia, terutamanya Bali, harus menimbang semula rancangan mereka.'Maklumat pada Mac 2011 menunjukkan pengganas mungkin merancang serangan di Indonesia, mungkin pada bila-bila masa,' kata kenyataan itu, tanpa menyebut apakah maklumat baru itu atau sumbernya.'Kami menyangka sebarang serangan pengganas itu mungkin tertumpu pada tempat ramai warga Barat, termasuk, tetapi tidak terhad, pada kawasan pelancongan seperti Bali, Jakarta dan tempat lain di Indonesia.'Patek disyaki ahli Jemaah Islamiyah yang dituduh terlibat dalam beberapa pengeboman yang menjadikan orang Kristian dan Barat di Indonesia sasaran mereka sejak 1999.Sementara itu, Indonesia dikatakan mahu Patek dibawa balik dari Pakistan dan diadili di bawah undang-undang Indonesia, lapor akhbar Jakarta Post semalam.Patek dilaporkan diberkas di Pakistan pada 2 Mac lalu. -- AFP, Agensi.Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment