Pages

Monday, April 18, 2011

Amerika Syarikat cari tempat buang Gaddafi




Muammar Gaddafi
Muammar Gaddafi

Negara rantau Afrika berkemungkinan jadi lokasi pilihan


WASHINGTON: Amerika Syarikat sedang mencari negara sesuai untuk menjadi tempat pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, tinggal dalam buangan, lapor akhbar New York Times (NYT).
Hanya ada beberapa negara berpotensi melindungi Gaddafi selepas didakwa membunuh terhadap rakyat sendiri ketika memprotes pemerintahannya baru-baru ini selain isu pengeboman Pan Am 103 pada 1988 selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengemukakan tuduhan jenayah ke atasnya.
Atas sebab itu, tiga pegawai bagi pentadbiran Presiden Barack Obama memberitahu akhbar, mereka menimbang untuk mencari sebuah negara yang tidak menandatangani atau mengesahkan Fasal Rome yang menetapkan sesebuah negara menyerahkan sesiapa yang didakwa bagi perbicaraan ICC.


Pendekatan berkenaan menimbulkan kemungkinan bahawa Gaddafi tinggal dalam buangan di sebuah negara lain di Afrika.


Amerika juga tidak menandatangani fasal itu kerana bimbang bahawa pegawai tentera dan risikannya boleh didakwa.


“Kami belajar dari Iraq. Tanggungjawab menggantikan rejim pemerintah terletak di tangan rakyat Libya, bukan kami,” kata seorang pegawai pentadbiran kanan Obama kepada NYT.
“Apa yang cuba dilakukan kami dengan mudah ialah mencari cara aman untuk jalan keluar, jika ada.”


Laporan itu dikeluarkan beberapa minggu selepas pengeboman sekutu NATO dan tekanan terhadap kedua-dua tentera dan pembantu Gaddafi gagal untuk menyingkirkan pemimpin yang memerintah Libya selama 32 tahun.


Amerika menyokong Britain dan Perancis dalam operasi hampir sebulan menentang Gaddafi, melancarkan amaran bahawa beliau boleh membunuh penduduk awam dan pejuang yang menentang beliau.


Tetapi, Washington menentang desakan diketuai Perancis untuk membekalkan lebih banyak pesawat, dengan menyifatkan ia akan memainkan peranan terhad di tengah komitmen Amerika di Afghanistan dan pembabitan tentera di Iraq.


Amerika dan negara lain menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk awam di Libya, terutama di bandaraya ketiga negara itu, Misrata yang diisytiharkan zon bahaya. – AFP Berita Harian Online | Amerika Syarikat cari tempat buang Gaddafi

No comments:

Post a Comment