Pages

Friday, April 22, 2011

Amerika gesa Libya lindungi wartawan

PALO ALTO (California): Rumah Putih semalam menggesa Libya supaya melindungi wartawan yang membuat liputan di negara itu ekoran kematian dua wartawan foto, Encik Tim Hetherington and Encik Chris Hondros.
Encik Jay Carney, seorang jurucakap bagi Presiden Barack Obama, berkata beliau 'sedih' mendapat tahu bahawa Encik Hetherington, seorang pengarah filem yang dicalonkan bagi Anugerah Oscar dan jurugambar perang, terbunuh dan berasa 'amat bimbang' tentang nasib wartawan lain yang cedera dalam serangan yang sama.Encik Carney kemudian mengeluarkan satu kenyataan selepas Encik Hondros, seorang jurugambar bagi Getty Images, disahkan mati dalam serangan tersebut.Jurucakap presiden itu berkata 'kematian tragik' itu 'menekankan keperluan melindungi wartawan sedang mereka membuat liputan konflik di seluruh dunia'.Para wartawan, kata Rumah Putih, 'mengambil risiko kehilangan nyawa setiap hari' dan meminta pemimpin dunia supaya bertanggungjawab dan memberikan suara kepada mereka yang tidak didengari.'Pemerintah Libya dan semua pemerintah di seluruh dunia harus mengambil langkah melindungi wartawan yang menjalankan kerja yang penting itu,' tambahnya selepas Encik Obama membuat penampilan ala berkempen dalam laman sosial Facebook.Encik Hetherington dan Encik Hondros adalah wartawan kedua dan ketiga yang maut dalam konflik yang tercetus sejak dua bulan lalu.Mereka terkena serangan mortar, yang turut mencederakan dua wartawan foto lain, di bandar pelabuhan barat Libya, kata kakitangan perubatan di Misrata.Encik Hetherington, kelahiran Liverpool, Britain, pernah menerbitkan dan mengarah bersama sebuah dokumentari, Restrepo, yang mendapat pengiktirafan tinggi dan memenangi pencalonan bagi Anugerah Oscar.Sementara itu, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) memberi amaran kepada orang awam agar menjauhi kawasan askar Encik Muammar Gaddafi yang dibedilnya, sedang para pemberontak Libya menggesa diadakan serangan udara 'besar-besaran'. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment