Pages

Saturday, April 9, 2011

4 korban gempa baru

SENDAI: Satu gegaran selepas gempa semalam, yang paling kuat sejak gempa bumi melanda timur laut Jepun, menyebabkan empat orang terbunuh.
Ia juga memutuskan bekalan elektrik, sekali gus memburukkan lagi keadaan di kawasan yang dipenuhi sisa runtuhan akibat tsunami.

Gegaran berukuran 7.1 magnitud semalam mencetuskan lebih banyak kerumitan dan menjejaskan usaha penduduk untuk membina hidup baru selepas gempa bumi berukuran 9.0 dan tsunami 11 Mac lalu.

Bagaimanapun, gempa terbaru itu tidak menyebabkan kerosakan teruk dan tidak menyebabkan tsunami.

Hanya sedikit cecair radioaktif mengalir keluar dari loji nuklear Fukushima tetapi ia dikatakan tidak membahayakan.

Matsuko Ito, yang menumpang sementara di pusat perlindungan di Natori, berkata dia yang masih trauma dengan kejadian tsunami bulan lalu, cemas dengan gegaran terbaru itu.

Dia menjerit apabila gegaran itu berlaku kira-kira jam 11.30 malam (waktu tempatan.)

Pihak berkuasa Jepun mengeluarkan amaran tsunami sebaik gegaran berlaku tetapi menariknya kembali tidak lama kemudian. - Reuters
myMetro | 4 korban gempa baru

No comments:

Post a Comment