KABUL: Tiga termasuk pengarah syarikat percetakan ditahan selepas pihak berkuasa menyiasat dakwaan kilang pengeluar kertas di Afghanistan kitar semula al-Quran menjadi tisu tandas, kata pejabat peguam negara semalam.
Kira-kira 1,000 penunjuk perasaan membaling batu ke arah kilang di pinggir Kabul menyebabkan kilang itu rosak. Salinan al-Quran ditemui dalam kilang, kata jurucakap polis Kabul, Hashmat Stanikzai.
“Polis dan pejabat peguam negara bekerjasama menyiasat dakwaan menghina kitab suci dalam kilang itu,” kata jurucakap pejabat peguam negara, Amanullah Iman.
“Tiga ditahan termasuk pengarah syarikat dan kami mengambil berat isu serius ini,” katanya.
Pembakaran salinan Quran oleh mubaligh Kristian di Amerika Syarikat turut mencetuskan protes di seluruh Afghanistan menyebabkan 24 maut termasuk tujuh kakitangan Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu di perkarangan pejabat di utara bandar Mazar-i-Sharif. – AFP , bharian

mmg skrg ni org2 kafir dok hina islam,. kat tv pun byk dah cerita yg menghina islam,. diorang anggap islam ni terorist,.
ReplyDelete