Pages

Tuesday, March 1, 2011

Wanita 29 tahun timang cucu

LONDON: Seorang wanita berusia 29 tahun yang bakal menjadi nenek paling muda di Britain berkata, ia bagaikan mimpi ngeri apabila mendapat tahu anak perempuannya, 14, hamil.
Kelly John berkata, dia selalu berharap Tia tidak akan mengulang kesilapannya, hamil ketika berusia 14 tahun.

Bagaimanapun, selepas mendapat tahu mengenai berita yang mengejutkan itu, bakal nenek terbabit berikrar akan melakukan apa saja bagi membesarkan cucunya.

Tia yang masih bersekolah dan teman lelakinya, Jordan Williams, 15, juga berikrar akan membuktikan mereka mampu menjadi ibu bapa yang baik walaupun dalam usia mentah. Namun, bapa Tia, Shem Davies yang berpisah dengan ibunya lama dulu berkata, dia juga menaruh harapan sama untuk membesarkan anak mereka ketika Kelly hamil dulu.

Dia memberitahu News of the World: “Saya tidak tahu bagaimana untuk menjadi seorang bapa - saya sendiri masih budak ketika itu.” Pasangan itu berpisah ketika berusia 15 tahun - kini anaknya pula yang hamil dan dia berharap Tia tidak akan melakukan perkara sama. Tia dan Jordan berkata, mereka selalu menggunakan kondom - dan kehamilan itu dianggap sebagai satu anugerah. Remaja dari Bridgend, Wales itu bersedia untuk memberitahu berita gempar itu kepada ibunya apabila mendapat tahu ujian kehamilannya positif.


Kelly memberitahu The Sunday Newspaper: “Mimpi ngeri yang membimbangkan saya ialah sekiranya Tia akan mengulang kesilapan yang saya lakukan dengan hamil pada usia muda. Apabila saya mendapat tahu berita itu, saya dapat rasa bagaikan dunia ini terhenti dan saya hanya mampu menangis.

Kelly, pelayan dengan gaji 92 pound (RM455) seminggu berikrar untuk membantu anaknya menghadapi ujian GCSE ketika bayi itu membesar. William pula berharap untuk menjadi jurulatih kecergasan jika mendapat keputusan GCSE yang baik. - DMmyMetro

No comments:

Post a Comment