Pages

Wednesday, March 2, 2011

Ulama Arab Saudi beri sokongan terbuka gerakan reformasi

JEDDAH: Ulama Arab Saudi menyatakan sokongan terbuka kepada kebangkitan rakyat menuntut reformasi di Libya dan menggulingkan Muammar Gaddafi.
Sokongan itu dibuat sebagai reaksi mereka kepada kenyataan anak Gaddafi, Saif al-Islam, yang mendakwa sebelum ini sesetengah ulama pernah ‘menjilat kasut but’ bapanya.

Sementara itu, ahli Majlis Ulama Kanan Saudi, Sheikh Saleh al-Lehaydan, berkata dia tidak pernah mengeluarkan fatwa mengecam penunjuk perasaan anti-Gaddafi.

Sheikh Aed al-Qarni pula berkata, dia pernah melawat Libya tahun lalu untuk bertemu dengan orang ramai, bukannya memuji Gaddafi.

“Pertumpahan darah perlu dihentikan. Kerajaan Gaddafi bukan kerajaan Islam kerana dia merampas kuasa daripada pemerintah lama empat dekad lalu dan tidak pernah menerima mandat daripada rakyat,” katanya.


Tidak cukup dengan itu, Sheikh Aed berkata, Gaddafi bukanlah seorang imam untuk umat Islam, sebaliknya lelaki Badwi bodoh yang gila kuasa. - ANmyMetro

No comments:

Post a Comment