Pages

Monday, March 14, 2011

Terputus bekalan elektrik

Berita




2011/03/14


  • Foto
    SEORANG gadis berselimut berdiri dekat longgokan harta benda yang musnah akibat tsunami.
  • Foto
    PASUKAN penyelamat mengangkat seorang mangsa tsunami.
  • Foto
    SEORANG askar menarik bot getah membawa mangsa tsunami.
Lampu di kebanyakan bangunan ditutup selamatkan tenaga

SENDAI: Kira-kira 2.5 juta isi rumah atau lebih empat peratus daripada keseluruhan penduduk di Jepun tidak mendapat bekalan elektrik sejak kelmarin dengan lampu di kebanyakan bangunan mercu tanda terpaksa ditutup untuk menyelamatkan tenaga, termasuk Tokyo Tower dan Rainbow Bridge di Tokyo.
Kebanyakan penduduk beratur di beberapa stesen minyak, kedai ubat dan pasara raya yang masih lagi dibuka. Sebahagian besar rak barangan kelihatan kosong.
“Kami diberikan catuan air dan masih tidak tahu bila akan mendapat lagi,” kata Matthew Williams yang tinggal di Shin-Urayasu berhampiran Tokyo.

“Dewan Bandar raya memberitahu kami bahawa kami boleh membawa baldi ke sebuah sekolah tempatan untuk mendapatkan air tetapi anda perlu menunggu selama tiga jam.”

Jabatan Kajian Geologikal Amerika Syarikat melaporkan lebih 140 gegaran susulan berlaku selepas gempa bumi Jumaat lalu. Angka berkenaan adalah dua kali ganda lebih kuat berbanding gempa bumi berukuran 6 yang berlaku dan memusnahkan Christchurch di New Zealand bulan lalu, kata agensi.

Jepun juga bercadang untuk menghantar sejumlah 100,000 anggota pasukan pertahanan mereka ke wilayah yang dilanda gempa, lebih dua kali ganda daripada angka awal, kata Menteri Pertahanan, Toshimi Kitazawa semalam, lapor Kyodo.
Sekurang-kurangnya 48 negara dan Kesatuan Eropah turut menawarkan bantuan. Kapal pembawa pesawat USS Ronald Reagan tiba di pantai Jepun semalam untuk membantu usaha menyelamat tentera Jepun, kata Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dalam satu kenyataan.

Gempa bumi Jumaat lalu adalah paling kuat pernah dicatatkan dalam sejarah Jepun sejak 1900, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat. Gempa bumi paling kuat di dunia pernah dicatatkan berlaku di Chile pada 22 Mei 1960 dengan magnitud 9.5, kata agensi terbabit. – Agensi

No comments:

Post a Comment