Pages

Friday, March 4, 2011

Tentera kemuka 22 tuduhan lagi terhadap 'ejen WikiLeaks'


Julian Assange (kiri) dan  Bradley Manning
Julian Assange (kiri) dan Bradley Manning


WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat mengemukakan 22 dakwaan baru ke atas seorang askar yang didakwa membocorkan butir-butir beratus ribu dokumen sensitif kerajaan yang kemudian disiarkan oleh laman web WikiLeaks.

Pihak tentera dalam satu kenyataan memaklumkan, antara dakwaan baru terhadap bekas penganalisis perisikan Bradley Manning termasuk ‘membantu musuh’ dan ‘secara salah membenarkan maklumat perisikan disiarkan di internet.
Manning, 23, sebelum ini didakwa dengan sejumlah dakwaan memuat turun dan memindahkan video tanpa kebenaran membabitkan serangan helikopter tentera Amerika yang menyebabkan berpuluh orang terbunuh di Baghdad pada 2007.
Beliau kini ditahan di pangkalan marin di Virginia, ketika pegawai menyiasat pendedahan kabel dan dokumen tentera dan jabatan negara Amerika membabitkan perang di Iraq dan Afghanistan.

Pengasas WikiLeaks, Julian Assange menuduh Amerika memperalatkan askar terbabit untuk mewujudkan kes ke atasnya. – Reuters

No comments:

Post a Comment