Pages

Tuesday, March 8, 2011

Rifca nenek paling muda di dunia

myMetro
BUCHAREST: Seorang wanita yang mencatat nama sebagai nenek paling muda di dunia menceritakan pengalamannya membesarkan anak sejak berusia 12 tahun, semalam.
Ibu kepada dua anak, Rifca Stanescu, berkata mana-mana gadis tidak sepatutnya mengikut langkah dia memiliki anak pada usia terlalu muda.

Bagaimanapun, anak sulung Rifca, Maria, melahirkan zuriat pertamanya, Ion, ketika baru berusia 11 tahun.

Kata Rifca, 23, dia berkahwin dengan penjual barang kemas, Ionel Stanescu, ketika dia baru berusia 11 tahun, manakala lelaki terbabit 13.

“Perkahwinan dilangsungkan kerana bapa mahu menjodohkan saya dengan seorang pemuda lain yang tinggal di kampung berbeza,” katanya.


Walaupun berkahwin tanpa restu, kata Rifca, ibu bapanya memaafkan perbuatannya apabila dia melahirkan Maria.

Anak kedua Rifca, Nicolae, lahir setahun kemudian.

Kata Rifca, sejak awal dia memujuk Maria supaya meneruskan pembelajaran sehingga dewasa bagaimanapun, gadis itu kemudian berhenti sekolah dan berkahwin pada usia 10 tahun.

“Enam bulan kemudian, Maria melahirkan Ion,” katanya.

Kini berusia dua tahun, Ion tetap mendapat kasih sayang daripada Rifca.


Bagaimanapun, katanya, masih ada yang terbuku di hatinya.


“Pengalaman menjadi nenek memang menyeronokkan, tetapi saya terkilan kerana sepatutnya Maria mampu mendapat kejayaan lebih baik daripada ini,” katanya.


- TS

No comments:

Post a Comment