Pages

Wednesday, March 16, 2011

Rakyat minta kerajaan serius tangani krisis

Berita Harian


GAMBAR menerusi televisyen Jepun menunjukkan kepulan asap putih selepas Loji Nuklear Fukushima Daiichi terbakar hari ini, akibat gempa bumi yang melanda Jepun, Jumaat lalu. - Foto Reuters

2011/03/16

TOKYO: Mangsa yang terselamat dalam kejadian serangan bom atom ketika tamatnya Perang Dunia Kedua pada 1945 menggesa pihak berkuasa melihat dengan lebih serius krisis membabitkan loji kuasa nuklear yang lumpuh akibat gempa bumi pada minggu lalu.

“Kerajaan dan firma elektrik menyatakan tahap radiasi tidak tinggi, tetapi saya fikir mereka mengambil ringan situasi ini,” kata Haruhide Tamamoto, 80, kepada Kyodo News di Hiroshima.
Tamamoto mengambil contoh masalah kesihatan beliau sendiri akibat terdedah kepada radiasi.

“Saya mahu pihak kerajaan untuk lebih sensitif untuk menyelesaikan krisis ini.”

Kerajaan semalam berkata, tahap radiasi berhampiran loji Fukushima No.1 kini menjejaskan kesihatan manusia selepas dua letupan dan satu kebakaran berlaku sebelum ini. – AFP"

No comments:

Post a Comment