Pages

Monday, March 14, 2011

Petugas al-Jazeera maut serang hendap berdekatan


  Ali Hassan al-Jaber
Ali Hassan al-Jaber



Kempen rejim Libya benci media jadi punca



DOHA: Jurukamera al-Jazeera terbunuh dalam serangan hendap berdekatan kubu kuat pemberontak di timur Libya, Benghazi, kata stesen televisyen Arab yang sering berpihak kepada kejatuhan rejim Arab itu, kelmarin.
Ini adalah laporan pertama kematian wartawan media asing di Libya sejak kebangkitan menentang regim dicetuskan sejak 15 Februari.
“Ali Hassan al-Jaber terbunuh selepas krewnya diserang hendap di wilayah Hawari berdekatan Benghazi,” kata televisyen itu tanpa menjelaskan dalang di belakang serangan atau hari apa ia terjadi.


Bagaimanapun, pengarah urusan stesen yang berpangkalan di Doha, Waddah Khanfar, berkata pembunuhan itu berlaku selepas kempen yang dijalankan rejim Libya menentang al-Jazeera dan kakitangannya.


Pergerakan pemberontakan 17 Februari lalu dinamakan sempena penawanan bandar Benghazi, yang menuding jari secara terus kepada rejim kepimpinan Muammar Gaddafi.


“Rupa-rupanya Jaber diekori kerana rejim Gaddafi menuduh mereka,” kata penganjur media di ibu pejabat pemberontak, Mustafa Gheriani.
“Gaddafi tentunya. Untuk tempoh dua hari ini, beliau sudah memberi amaran yang beliau akan melakukan sesuatu seumpama ini. Seorang rakan sekerja kami bersamanya. Seorang daripada orang kami bekerja dengan al-Jazeera,” katanya apabila ditanya dalang di sebalik serangan itu.


Di Benghazi, ribuan warga Libya berarak di jalanan untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Jaber dan stesen televisyen yang menuduh pihak keselamatan Libya cuba menyekat isyarat siaran yang disiarkan al-Jazeera.


“Darah Ali Jaber akan bertaburan untuk mengakhiri pemerintahan kuku besi,” kata sepanduk yang dibawa penunjuk perasaan.


Al-Jazeera berkata Jaber, warga Qatar yang berusia 50-an, ditembak dengan tiga das tembakan dan cubaan menyelamatkannya gagal.


Wartawan Nasser al-Haddar turut cedera selepas diserang.


Al-Jazeera, memberi liputan menyeluruh terhadap kebangkitan di beberapa negara Arab sejak Januari, berikrar untuk tidak berdiam diri untuk berhadapan dengan jenayah ini dan terus berusaha membawa penjenayah itu ke muka pengadilan. – AFPBerita

No comments:

Post a Comment