Pages

Monday, March 14, 2011

Penunjuk perasaan sekat jalan raya

Utusan

MANAMA 13 Mac - Penunjuk perasaan menyekat jalan utama ke pelabuhan kewangan Bahrain, kawasan utama perniagaan di pusat perbankan Teluk Arab, mengakibatkan polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah kumpulan tersebut.

Beribu-ribu pemuda berlari menyelamatkan diri di Lebuh Raya Raja Faisal ketika beratus-ratus penunjuk perasaan terus berkumpul berhampiran bulatan Mutiara, lokasi utama protes sejak ia dilancarkan berminggu-minggu lalu.

Menurut kenyataan kerajaan, pihak berkuasa bertindak menyuraikan 350 penunjuk perasaan pada pukul 8 pagi (1 tengah hari waktu tempatan) selepas sekumpulan penunjuk perasaan menyerang polis yang tidak bersenjata. - Reuters"

No comments:

Post a Comment