Pages

Saturday, March 5, 2011

Pemberontak enggan runding


ANGGOTA kumpulan penentang  mengadakan  sekatan jalan raya di Brega, semalam.
ANGGOTA kumpulan penentang mengadakan sekatan jalan raya di Brega, semalam.


AL-UQAYLA,: Pemberontak Libya yang berikrar untuk ‘mencapai kemenangan atau mati,’ semalam mara menuju ke Ras Lanuf, sebuah bandar penapisan minyak utama di timur negara itu.
Mereka turut menggesa negara asing melancarkan serangan udara bagi membantu mewujudkan zon larangan terbang selepas tiga hari berdepan dengan serangan pesawat tentera Gaddafi.

Pemberontak yang berpangkalan di timur Libya itu berkata, mereka hanya bersedia untuk berunding mengenai perletakan jawatan Gaddafi.

Di Tripoli, penentang pemimpin Libya itu berkata, mereka bersedia untuk berarak di bandar raya itu selepas solat Jumaat tetapi pihak berkuasa melarang media asing daripada membuat laporan mengenainya.

“Kemenangan atau mati. Kami tidak akan berhenti sehingga kami membebaskan seluruh negara ini,” kata pemimpin pemberontak, Mustafa Abdel Jalel yang mengetuai Majlis Kebangsaan Libya kepada penyokongnya.


Pembantu Mustafa, Ahmed Jabreel berkata, jika terdapat rundingan, ia hanya mengenai satu perkara, bagaimana Gaddafi akan meninggalkan negara ini atau meletak jawatan.

“Tidak ada perkara lain untuk dirundingkan,” katanya.

Sementara itu, seorang anggota tentera yang kini menyertai pemberontak, Magdi Mohmamed berkata: “Kami akan menawan semuanya, Ras Lanuf dan Tripoli.” Negara Barat yang mendesak Gaddafi meletak jawatan dan meninggalkan negara itu kini menimbang beberapa pilihan, termasuk penguatkuasaan zon larangan terbang tetapi berwaspada mengenai sebarang serangan tentera untuk menstabilkan negara itu. Ketika kebimbangan semakin meningkat mengenai masalah kekurangan dan bekalan ubat-ubatan, usaha diplomatik dilakukan untuk menamatkan konflik berkenaan kerana Barat bimbang ia akan mencetuskan kemasukan besar-besaran pelarian dari kawasan Meditteranean ke Eropah.
Kekacauan di Libya menyebabkan berlakunya krisis kemanusian, khususnya di sempadan Tunisia di mana puluhan ribu pekerja asing berkumpul kerana menyelamatkan diri. - ReutersmyMetro | Pemberontak enggan runding

No comments:

Post a Comment