Pages

Monday, March 14, 2011

Krisis paling buruk: Naoto Kan

myMetro


TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan berkata, negara itu berdepan dengan krisis paling buruk dalam masa 65 tahun sejak Perang Dunia Kedua berakhir selepas ia mengalami kemusnahan teruk akibat gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.

Keadaan di loji tenaga nuklear juga masih amat membimbangkan, kata Kan ketika jurutera berusaha menangani krisis nuklear, berpunca daripada gempa bumi itu.


Bercakap pada satu sidang akhbar, beliau menggesa penduduk Jepun bersatu dalam mengatasi bencana berkenaan.

“Saya amat yakin kita boleh menghadapi gempa bumi dan tsunami ini dengan bersatu,” katanya. - AFP"

No comments:

Post a Comment