Pages

Monday, March 28, 2011

Kebocoran air radioaktif di loji Fukushima merebak



SUASANA tenang di Loji Nuklear The Three Mile Island di Middletown, Pennsylvania, Amerika Syarikat, dirakamkan pagi ini selepas 32 tahun berlakunya insiden nuklear yang menakutkan dalam sejarah negara itu. Kini Loji Nuklear Fukushima Daiichi di Jepun menghadapi insiden serupa selepas rosak teruk akibat gempa bumi dan tsunami awal bulan ini. - Foto AFP



Berita Harian Online

2011/03/28

OSAKA: Air dengan radioaktif tahap tinggi bocor dari satu turbin reaktor di loji nuklear Fukushima Daiichi di Jepun, sekali gus menambah kebimbangan cecair itu meresap ke persekitaran.

Pegawai Tokyo Electric Power (TEPCO) berkata air terbabit yang ditemui di terowong bawah tanah yang menghubungkan reaktor nombor dua di loji berkenaan menunjukkan bacaan radiasi melebihi 1,000 milisievert sejam.

Dianggarkan terdapat beribu meter padu air itu di torowong terbabit.
“Kami perlu memeriksa jika air berkenaan boleh mengalir terus ke laut," katanya.

Setiap bangunan turbin reaktor dihubungkan dengan terowong penyelenggaraan yang cukup besar untuk pekerja berjalan melaluinya.

Dalam kes terowong reaktor nombor dua, air berkenaan meningkat hampir satu meter ke paras atas terowong setinggi 15.9 meter itu yang terletak 55 meter dari laut, menyebabkan kebimbangan ia akan melimpah.

Semalam, paras iodine radioaktif 1,850 kali ganda daripada had yang dibenarkan undang-undang dikesan dalanm air laut beberapa meter dari pantai tetapi pihak berkuasa menolak ia memberi ancaman segera terhadap kehidupan marin dan keselamatan makanan laut.
Sebelum ini, radiasi melebihi 1,000 milisievert sejam dikesan pada air dalam bangunan turbin reaktor nombor dua, sekali gus melengahkan kerja membaikpulih sistem penyejukan bagi memulihkan kawalan terhadap loji nuklear berkenaan. - AFP

No comments:

Post a Comment