Pages

Saturday, March 5, 2011

Israel musnah istana Umayyah

RAMALLAH: Yayasan Wakaf dan Warisan Masjidil Aqsa mendedahkan, semalam bahawa pihak penjajah Israel sedang meningkatkan usaha untuk memusnahkan istana bani Umayyah berhampiran kawasan selatan Masjidil Aqsa.
Menurut kenyataan Yayasan itu, ‘Israel melakukan kerja penggalian pada waktu malam terutama di kawasan perigi di bawah Masjidil Aqsa yang ditutup dengan khemah dan lembaran plastik.

Pihak berkuasa Israel dikatakan membina satu rangkaian jambatan dan tangga besi di kawasan bersejarah itu dalam usaha menjadikannya sebagai kuil kedua Yahudi.
Mereka juga merancang untuk membina taman di kawasan itu yang disambungkan dengan terowong di bandar Silwan di timur Baitulmaqdis. Taman itu dibina khusus untuk orang Yahudi dan pelancong. Yayasan itu berkata, penggalian di istana Umayyah dilakukan sedalam puluhan meter. Israel juga menggunakan jentera berat dalam kerja penggalian yang dibimbangi akan menjejaskan tapak asas Masjidil Aqsa. Kerja penggalian yang pernah dilakukan mereka pada masa lalu menyebabkan dinding bahagian selatan Masjidil Aqsa mengalami keretakan. Tindakan Israel itu dianggap sebagai penyamun yang merompak tamadun dan kebudayaan Islam. Menurut yayasan itu, kerja penggalian yang dilakukan Israel adalah sebahagian usaha untuk mengambil alih kawasan persekitaran Masjidil Aqsa dan meruntuhkan masjid ketiga suci umat Islam itu bagi membina kuil kedua Yahudi. - ANmyMetro

No comments:

Post a Comment