Pages

Saturday, March 5, 2011

Hari Qiamat



 ? Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk
 besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail &
 beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa
 malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

 ? Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan
 siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri
 menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha
 Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha
 Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

 ? Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup
 sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas
 bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak
 berbukit atau bulat seperti bumi.

 ? Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi"
 yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak
 pokok yang kembang membesar dari biji benih.

 ? Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
 Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan
 bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

 ? Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang
 menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
 Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
 berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
 yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan
 isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

 ? Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
 cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah
 huru-hara yang amat dahsyat.

 ? Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
 turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk
 terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

 ? Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga
 dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.
 Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari
 Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai
 menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga
peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada
 amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

 ? Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang
 mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang
 bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum
 airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat
 tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari
 kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari
 embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

 ? Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan
 yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

 ¥¡- Pemimpin yang adil.


 ¥¢- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.


 ¥£- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.


 ¥¤- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.


 ¥¥- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan

 berkata "Aku takut pada Allah".

 ¥¦- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).


 ¥§- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air

 matanya kerana takutkan Allah.


 ? Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
 tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
 terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun
 pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa
 dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan
beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar
itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s.,
 Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan
 akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi
 dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

 ? Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu
 diperkenankan doa baginda.

 ? Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan
 hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah
 langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang
 sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih
 dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

 ? 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung
 bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang
 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang
 mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia
 dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

 ? Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul
 oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari
 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama
 singgahsana yang terletak dihadapan istana.

 ? Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan
 timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing
 turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan
 tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini
 telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

 ? Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing.
 Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap
 pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

 ? Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan
yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali
 diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

 ? Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan
 mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan
 tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan
 mukmin.

 ? Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
 Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah
 dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap
 untuk menimbang dosa.

 ? Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk
 menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

 ? Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka
 seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan
 ditimbang.

 ? Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata,
kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di
 adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

 ? Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
 untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara
 sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi
 titian sirat.

 ? Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

 ¥¡- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan
 hisab.

 ¥¢- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.


 ¥£- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.


 (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

 ? Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan
untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70
000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


 ? Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
 melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
 terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai
 rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang
 mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

 ? Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk
yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban
dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka
 sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

 ? Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk
 yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang
 Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


 Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
 Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



 ¢Ñ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu

 ini kepada sahabat©÷ yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ?

 Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ? Sesungguhnya apabila matinya
 seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
 ¨ç Sedekah/amal jariahnya.

 ¨è Doa anak©÷nya yang soleh.

 ¨é Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


 sumber: Amar Sufi

No comments:

Post a Comment