Pages

Sunday, March 6, 2011

Habib al-Adly diseret ke mahkamah

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "

KAHERAH 5 Mac – Bekas Menteri Dalam Negeri Mesir yang pernah menjadi orang yang paling ditakuti di Mesir, Habib al-Adly hari ini didakwa atas tuduhan mengubah wang haram dan menyeleweng dana awam.

Kes Habib ini menjadikan beliau anggota kabinet rejim Hosni Mubarak pertama yang dihadapkan ke mahkamah.

Beliau bersama beberapa bekas menteri dan anggota kanan Parti Demokratik Kebangsaan pimpinan Mubarak ditangkap pada bulan lepas dalam siasatan penyelewengan oleh majlis tertinggi tentera yang memerintah sementara Mesir sekarang.

Sementara itu di Iskandariah, kira-kira 200 penunjuk perasaan menyerbu ibu pejabat keselamatan dalam negeri malam tadi, ekoran kemarahan terhadap agensi tersebut yang dipercayai melakukan pelbagai kesalahan melanggar hak asasi manusia di bawah pemerintahan Presiden Hosni Mubarak.

Mereka berjaya menguasai tingkat bawah bangunan itu, mengakibatkan pegawai polis terpaksa berundur ke tingkat atas.

Saksi-saksi berkata, empat pegawai polis cedera di muka mereka.

Sebelum itu, seorang saksi berkata, penunjuk perasaan melemparkan bom petrol ke arah polis yang melepaskan tembakan dan mencederakan seorang penunjuk perasaan berusia 26 tahun di dada.

Seorang pegawai perubatan dan seorang penunjuk perasaan mendakwa polis dalam bangunan itu melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan dan mencederakan tiga orang. – Agensi"

No comments:

Post a Comment