Pages

Friday, March 11, 2011

ElBaradei berazam jadi Presiden Mesir





2011/03/11

KAHERAH: Ahli politik pembaharuan, Mohamed ElBaradei mengumumkan kelmarin beliau akan bertanding dalam pilihan raya presiden Mesir tahun ini dan menggesa agar satu perlembagaan baru penuh ditulis bukan hanya pindaan sementara. 

Ia adalah kali pertama ElBaradei, dianugerahkan Hadiah Nobel pada 2005, membuat pengumuman secara terang-terangan mahu menjadi calon presiden selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan dalam kebangkitan bulan lalu.
Pilihan raya presiden dan parlimen dijangka diadakan selepas kejatuhan Mubarak diperhatikan untuk tanda bagaimana kehidupan politik demokratik itu kelihatan selepas tiga dekad penindasan negara yang mencetuskan kekosongan pembangkang dan menyekat aktiviti politik, kata penganalisis politik.
“Apabila pintu pencalonan presiden dibuka, saya bercadang untuk mencalonkan diri sendiri,” kata ElBaradei dalam rancangan bual bicara langsung pertamanya di saluran swasta ONTV. – Reuters 

No comments:

Post a Comment