Pages

Sunday, March 6, 2011

Christchurch dilanda 9 gegaran





2011/03/06

CHRISTCHURCH: Bandar utama di Pulau Selatan, New Zealand, dilanda sembilan gegaran susulan sejak kelmarin dengan yang terkuat mencatat kekuatan 4.5 skala Richter.

Gegaran terkuat itu berlaku jam 7.34 malam waktu tempatan (0634 GMT) berpusat 10 kilometer timur bandar ini dan pada kedalaman 6.4 kilometer.
Menurut Geonet, gempa yang berlaku itu menyusul selepas gegaran susulan mencatat kekuatan 4.8 skala Richter pada kedalaman 11 kilometer serta berpusat dalam lingkungan lima kilometer di Lyttelton. Malah, ia dirasai sejauh Timaru.
Gegaran susulan itu menamatkan tempoh bebas gempa susulan selama 14 jam.
Bumi bergegar hampir sepanjang hari sejak lewat kelmarin hingga semalam.

Semua gegaran susulan berlaku sebelum jam 8 malam berpusat antara 10 dan 20 kilometer dari Lyttelton pada kedalaman antara dua hingga enam kilometer.

Mengikut kronologi, kekuatan gempa susulan itu ialah 3.2 skala Richter (jam 12.52 pagi), 3.4 (6.14 pagi), 3.3 (10.04 pagi), 4.1 (10.49 pagi), 3.2 (11.17 pagi), 3.4 (1.19 petang), 3.5 (2.29 petang) dan 4.5 (7.34 malam).
Gempa berukuran 6.3 skala Richter melanda bandar ini pada 22 Februari lalu dengan jumlah kematian rasmi kekal 165 orang sehingga kelmarin.

Pihak berkuasa secara rasmi menamatkan fasa mencari dan menyelamat operasi pemulihan Khamis lalu, mengatakan tiada peluang mengeluarkan mangsa hidup-hidup di bawah runtuhan yang memusnahkan atau merosakkan satu pertiga bangunan di Christchurch.

Polis berkata, pencarian mayat tidak diteruskan dalam tempoh lebih lama dengan sesetengah mangsa mungkin hancur.

Polis juga menyiarkan nama enam lagi mangsa selepas identiti mereka disahkan antara yang maut, termasuk seorang warga Korea Selatan.

Hanya 26 daripada 165 mayat berjaya dikenal pasti. Pihak berkuasa berkata, proses pengecaman lambat dan sukar kerana keadaan mangsa yang cedera teruk.– Agensi
Berita Harian Online | Christchurch dilanda 9 gegaran

No comments:

Post a Comment