Pages

Saturday, March 5, 2011

Bajet tentera China RM275b




SEBUAH pesawat misteri China yang dipercayai jet pejuang canggih J-20 sedang mendarat di Chengdu, wilayah Sichuan, China, baru-baru ini. – REUTERS


BEIJING 4 Mac – Bajet pertahanan China meningkat 12.7 peratus kepada 601.1 bilion yuan (RM275 bilion) tahun ini, di tengah-tengah kebimbangan berterusan berhubung saiz tentera negara ini yang semakin besar.
Menurut jurucakap Parlimen, Li Zhaoxing, peruntukan itu termasuk dalam laporan belanjawan yang diserahkan kepada Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC).
“China sentiasa memberi perhatian untuk mengawal saiz perbelanjaan pertahanan negara,” katanya kepada pemberita menjelang perasmian tahunan sesi NPC, esok.
Katanya, peruntukan tersebut mewakili hanya enam peratus daripada keseluruhan belanjawan negara dan ia disifatkan ‘agak rendah’ berbanding bajet pertahanan negara lain.
Bagaimanapun, ia menyaksikan peningkatan dua angka yang sekali gus mencemaskan Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara jiran China. Bajet pertahanan China tahun lalu hanya naik 7.5 peratus berbanding 2009.
Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) yang merupakan pasukan tentera terbesar dunia sering merahsiakan program pertahanannya, tetapi menegaskan projek menaik taraf pasukan ketenteraannya perlu dilakukan.
“Langkah ini tidak memberi ancaman kepada mana-mana negara,” kata Zhaoxing.
Penganalisis China dari Universiti Hong Kong, Willy Lam berkata, peruntukan pertahanan itu yang juga hanya satu per tiga atau satu per dua daripada keseluruhan bajet akan disalurkan untuk membeli kelengkapan generasi seterusnya.
“Pertambahan dua digit bajet PLA menggambarkan kuasa PLA yang semakin besar. Mereka sedang cuba merapatkan jurang dengan Rusia dan AS,” katanya.
Pakar pertahanan berkata, peningkatan bajet itu juga menggambarkan kemahuan China untuk meneruskan tekanan ke atas Washington, Tokyo dan negara-negara lain di rantau Asia. – AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments:

Post a Comment