Pages

Monday, March 14, 2011

32 askar pimpinan Khamis belot

myMetro


TUNISIA: Pasukan tentera Libya di bawah pimpinan anak Muammar Gaddafi, Khamis, yang mara ke Misrata, kelmarin tersekat apabila 32 anggotanya menyertai kumpulan pemberontak yang menawan bandar itu, kata satu sumber kumpulan penentang.

Menurut seorang anggota pemberontak, Mohammed, seorang daripada tentera yang belot berpangkat jeneral.


Pasukan tentera pimpinan Khamis cuba memasuki Misrata, satu-satunya bandar di barat Libya yang masih dikuasai pemberontak tetapi gagal.

“Kira-kira 32 anggota tentera menyertai kumpulan pemberontak hari ini. Mereka disoal siasat kumpulan kami,” kata Mohammed. Jurucakap kumpulan pemberontak Gamal pula berkata, tentera kerajaan yang berkubu kira-kira 15 kilometer di selatan Misrata melepaskan tembakan selepas berpuluh-puluh anggotanya mengingkari arahan supaya membunuh orang awam dalam serangan itu. - Reuters"

No comments:

Post a Comment