Pages

Sunday, March 27, 2011

200 diberkas kerana mogok






GELOMBANG PEMBERONTAKAN: Penunjuk perasaan di Syria melaungkan slogan menuntut pembaharuan dan meratapi kematian berpuluh-puluh pemberontak akibat tindakan tegas pemerintah. - AP


DAMSYIK (Syria): Pasukan keselamatan Syria menyerang satu mogok berhampiran ibu kota Damsyik dan memberkas 200 orang dalam serbuan tengah malam kelmarin.
Ia merupakan tindakan keras terbaru pemerintah menentang pemberontakan yang telah sampai ke negara Timur Tengah itu.Para aktivis berkata sekitar 4,000 orang sedang menunjuk perasaan di bandar Douma, di pinggir Damsyik kelmarin apabila lampu-lampu dimatikan dan para perusuh itu diserbu.Aktivis itu enggan memberikan nama mereka kerana bimbang tindakan balas.Kata mereka, askar-askar itu telah menyerang para penunjuk perasaan dengan batang-batang kayu dan belantan hingga mencederakan beberapa orang. Namun laporan itu tidak dapat segera disahkan.Seorang saksi yang memandu ke Douma semalam tidak nampak apa-apa bekas rusuhan di situ. Kedai-kedai juga dibuka seperti biasa.Apabila bandar-bandar Syria kembali tenang semalam, satu kumpulan hak asasi berkata pihak berkuasa telah membebaskan 70 tahanan politik.Pembebasan itu kelihatan seperti langkah memujuk penunjuk -penunjuk perasaan.Para tahanan yang dibebaskan itu adalah mereka yang diberkas ketika tindakan keras ke atas tunjuk-tunjuk perasaan yang telah seminggu mencengkam Syria.Beberapa kumpulan tahanan lain juga dibebaskan awal minggu ini.Seorang ketua Liga Hak Asasi Kemanusiaan Syria, Encik Abdul-Karim Rihawi, berkata kebanyakan tahanan yang dibebaskan semalam telah dipenjarakan di Saidnaya di pinggir Damsyik, tempat tahanan politik selalu ditempatkan. Beliau berkata belum ada butir-butir lanjut atau pengesahan rasmi.Namun, pihak berkuasa telah dilaporkan menahan puluhan orang lain untuk mematahkan bantahan yang merebak ke seluruh negara ekoran langkah untuk menuntut perubahan.Pasukan keselamatan kelmarin telah menembak mati lebih 15 orang di sekurang-kurangnya enam bandar dan desa, termasuk pinggir ibu kota Damsyik, kata saksi-saksi kepada AP.Namun kenyataan mereka itu belum dapat disahkan.Mereka yang terbunuh kelmarin mula dikebumikan semalam di seluruh Syria. -- AP.

No comments:

Post a Comment