Pages

Monday, February 21, 2011

Warga Maghribi mahu kuasa raja dihadkan

myMetro


RABAT: Ribuan orang berkumpul di beberapa bandar raya Maghribi semalam bagi menuntut reformasi politik dan mengehadkan kuasa raja.

Di Rabat, lebih 2,000 orang berhimpun di jalan raya menyuarakan tuntutan perubahan, manakala di Casablanca, lebih 1,000 orang menunjuk perasaan sambil melaungkan kata-kata “kebebasan, maruah dan keadilan.’ Semua demonstrasi itu dijalankan secara aman.


Seorang mahasiswa berkata, dia mengharapkan Maghribi ditadbir dengan lebih adil dan kurang rasuah.

“Kami tidak menentang raja, cuma mahukan lebih keadilan dan peluang pekerjaan,” katanya.


Beribu-ribu anak muda menyertai gerakan ‘20 Februari’ yang dilancarkan melalui laman sesawang Facebook menggesa protes diadakan secara aman.


Mereka juga mahu perlembagaan baru dirangka untuk mengehadkan kuasa raja dan keadilan sosial dilaksanakan.


Sementara itu, kerajaan berjanji menyuntik subsidi RM5.8 bilion bagi mengimbangi kenaikan harga barangan di kalangan rakyat berpendapatan rendah. - AFP"

No comments:

Post a Comment