Pages

Tuesday, February 8, 2011

Wakil Ikhwan bukan berunding


HALAU PRESIDEN...penunjuk perasaan melaungkan slogan antikerajaan di Dataran Tahrir di Kaherah, semalam, menuntut Hosni segera berundur.
HALAU PRESIDEN...penunjuk perasaan melaungkan slogan antikerajaan di Dataran Tahrir di Kaherah, semalam, menuntut Hosni segera berundur.


KAHERAH: Pertubuhan paling berpengaruh di Mesir, Ikhwanul Muslimin, menafikan mereka berunding dengan rejim Hosni Mubarak seperti dilaporkan media antarabangsa.
Sebaliknya, pertubuhan itu berkata, mereka bertemu wakil kerajaan sekadar menyampaikan tuntutan pembangkang terhadap Presiden Mesir itu.

Wakil Ikhwanul Muslimin, Mohammad Ghanem, berkata tuntutan revolusi rakyat itu berjaya disampaikan dalam pertemuan dengan Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman.

“Saya menegaskan tuntutan majoriti rakyat dan selagi ia tidak dipenuhi, tiada apa yang boleh dilakukan sehinggalah Hosni berundur daripada kekuasaannya,” katanya kepada Press TV, semalam.

Kerajaan Mesir pimpinan Hosni kini berdepan tuntutan untuk dibubarkan sejak dua minggu lalu.


Bagaimanapun, diktator Mesir itu setakat ini masih enggan mengalah dan bertegas mahu menamatkan mandatnya pada September ini, sempena pilihan raya umum presiden.

Ikhwanul Muslimin menghantar wakilnya bertemu Omar dalam usaha awal menyelesaikan kemelut yang melanda Mesir.

Sebelum ini pun, Ikhwanul Muslimin menolak pelan pembaharuan dicadangkan kerajaan kerana terbukti Kaherah gagal memenuhi banyak tuntutan dibuat rakyat.

Tuntutan asas pembangkang sejak awal adalah pengunduran Hosni daripada jawatannya.

Berjuta-juta warga Mesir turun ke jalan raya mengadakan protes sejak 25 Januari lalu bagi mendesak Hosni berundur.


Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sekurang-kurangnya 300 orang terbunuh dalam pelbagai kejadian keganasan setakat ini, manakala beribu-ribu lagi cedera. - Press TVmyMetro | Wakil Ikhwan bukan berunding

No comments:

Post a Comment