Pages

Monday, February 21, 2011

Ratu edar 2,000 kad jemputan


2011/02/21

SEORANG kakitangan di pejabat Istana memasukkan kad jemputan dalam sampul surat, semalam.
SEORANG kakitangan di pejabat Istana memasukkan kad jemputan dalam sampul surat, semalam.
Diposkan pada Rabu, Khamis

LONDON: Ratu Elizabeth II sudah menghantar lebih 2,000 kad jemputan bertulisan emas perkahwinan cucunya, Putera William dan Kata Middleton pada 29 April depan, kata pegawai istana, semalam.
Kad jemputan itu diposkan pada Rabu dan Khamis, dengan lambang Ratu ditampal dengan warna emas.
Kira-kira 1,900 orang daripada keluarga dan rakan hinggalah pemimpin asing, diplomat, tentera dan pekerja kebajikan, dijemput menghadiri upacara perkahwinan di Westminster Abbey, tetapi tiada nama didedahkan.

Kira-kira 600 jemputan berpeluang menghadiri makan tengah hari dengan Ratu di Istana Buckingham, manakala kumpulan terpilih dengan 300 jemputan akan dilayan dalam majlis makan malam dianjurkan bapa William, Putera Charles.

Ratu Elizabeth II dan Duke Edinburgh akan mengetuai kumpulan 50 kerabat diraja Britain, selain 40 wakil dari Sepanyol, Sweden, Norway, Denmark dan Greece, menyertai majlis bersejarah itu.

Masih tidak diketahui sama ada Elton John yang juga rakan baik mendiang ibunya, Puteri Diana atau penyanyi kesayangan putera itu Kanye West turut menerima jemputan peribadi.
Dalam satu kenyataan, pejabat William enggan mendedah maklumat lanjut mengenai jemputan individu.

Akhbar Sun melaporkan, bekas isteri bapa saudara William, Sarah Ferguson, 51, tidak dipedulikan pasangan diraja itu apabila namanya tidak tersenarai dalam jemputan perkahwinan mereka. Bagaimanapun, bekas suaminya, Putera Andrew dan anak mereka Beatrice dan Eugenie termasuk dalam senarai jemputan. – AP/Reuters/Agensi
Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment