Pages

Monday, February 7, 2011

Rakyat merusuh ketua polis dera, tampar ahli komuniti





2011/02/07

TUNIS: Polis melepaskan tembakan ke arah 1,000 orang yang menyerang balai polis di bandar barat laut Kef semalam menyebabkan sekurang-kurangnya dua terbunuh dan 17 lain cedera.

Agensi berita rasmi Tunisia, berkata kumpulan terbabit menyerang polis selepas ketua polis mendera seorang ahli komuniti. Seorang wartawan tempatan berkata ketua polis terbabit menampar seorang wanita ketika satu tunjuk perasaan, mencetuskan rusuhan antara polis dan penduduk.
Wartawan terbabit berkata dua yang lain mati dalam perjalanan ke hospital tetapi tiada pengesahan rasmi setakat ini.
Ketua wilayah, Mohamed Najib Tlijali menggesa penduduk bertenang dan berkata ketua polis itu dimasukkan ke hospital dan ditahan.

Pertempuran antara polis dan penduduk menjadi antara yang paling serius sejak negara kecil Afrika Utara itu memulakan proses untuk menggulingkan diktator selama 23 tahun membabitkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali pada 14 Januari lalu selepas tunjuk perasaan selama sebulan.

Satu kenyataan yang dikeluarkan semalam oleh Kementerian Dalam Negeri yang menjaga hal ehwal polis berkata sekurang-kurangnya 1,000 penduduk melontarkan batu dan bom kecil ke arah balai polis berikutan kemarahan mereka selepas tindakan ketua polis terbabit.

Kumpulan berkenaan turut membakar dua kereta termasuk sebuah kenderaan milik polis, kata kementerian dalam kenyataan.
Polis turut menyembur gas pemedih mata dan melepaskan tembakan ke udara dalam usaha untuk menyuraikan orang ramai sebelum melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan, kata kementerian dalam negeri. – AP
Berita Harian Online | Rakyat merusuh ketua polis dera, tampar ahli komuniti

No comments:

Post a Comment