Pages

Tuesday, February 15, 2011

PM Palestin letak jawatan




Salam Fayyad (tengah) mempengerusi mesyuarat Majlis Jemaah Menteri di bandar Ramallah, Tebing Barat, semalam. - AFP


RAMALLAH 14 Feb. - Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya dan membubarkan kerajaan, kata seorang menteri kepada AFP.
Pengumuman itu dibuat beberapa bulan sebelum Palestin mengadakan pilihan raya umum yang dijadual pada September ini.
Para pegawai berkata, tindakan itu yang diumumkan selepas mesyuarat Kabinet awal pagi ini di Ramallah, Tebing Barat, telah diketahui sejak akhir November lalu, tetapi ia ditangguhkan ekoran rusuhan di Tunisia dan Mesir.
''Fayyad memberitahu Majlis Jemaah Menteri bahawa kerajaan kami sudah dibubarkan.
''Fayyad menyatakan: Saya akan bertemu dengan Presiden, Mahmoud Abbas untuk menyerahkan surat rasmi menyatakan kami sudah meletakkan jawatan,'' kata menteri itu yang enggan namanya disiarkan.
Berikutan tindakan itu, Abbas dijangka meminta Fayyad membentuk sebuah kerajaan baru dengan segera, kata seorang pegawai kanan, lewat malam tadi.
Fayyad yang dijangka mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri yang dipegangnya sejak 2007, kini masih mengadakan perbincangan dengan menteri-menteri hari ini, kata pegawai.
Sabtu lalu, Pihak Berkuasa Palestin menyatakan bahawa pilihan raya umum dan pilihan raya Presiden Palestin akan diadakan menjelang September, dibantah oleh Hamas yang menguasai Genting Gaza.
Rancangan untuk mengadakan pilihan raya umum pada Januari tahun lepas dibatalkan selepas dibantah oleh Hamas yang tidak menerima pemerintahan Abbas.
Minggu lepas, kepimpinan Palestin juga merancang mengadakan pemilihan majlis tempatan pada 9 Julai ini yang merupakan kali pertama Palestin mengadakan pilihan raya sejak 2006.
Hamas menolak semua bentuk pilihan raya yang akan diadakan oleh Pihak Berkuasa Palestin, yang bermaksud semua pilihan raya itu hanya akan melibatkan Tebing Barat saja. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments:

Post a Comment