Pages

Wednesday, February 23, 2011

PM New Zealand isytihar perintah darurat




2011/02/23

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, John Key hari ini mengisytiharkan perintah darurat berikutan negara itu dikejutkan dengan kejadian gempa bumi kuat yang sehingga kini mengorbankan sekurang-kurangnya 75 nyawa dengan 300 lagi dilaporkan hilang di Christchurch.

“Kabinet bersetuju untuk mengisytiharkan perintah darurat," katanya kepada media selepas mesyuarat tergempar Kabinet berikutan gempa 6.3 magnitud melanda
Christchurch semalam. Keputusan itu diambil selepas pihak berkuasa Christchurch mengisytiharkan darurat di kawasan perbandaran itu, semalam,


Key berkata, pengisytiharan perintah darurat negara itu membolehkan pihak pertahanan awam mempunyai kuasa di kawasan bencana.


"Kaedah ini membolehkan semua sumber sama ada di pihak berkuasa tempatan, kebangsaan dan antarabangsa bekerjasama untuk bertindak dalam masa singkat bagi menangani masalah gempa di sana," katanya. - AFP
Berita Harian Online | PM New Zealand isytihar perintah darurat

No comments:

Post a Comment