Pages

Monday, February 7, 2011

Petua Menangani Kritikan


Keupayaan kita untuk menerima kritikan, boleh membina diri kita ataupun menjatuhkan imej kita. Tiada sesiapa yang suka dikirtik; ia mengakibatkan kita mudah melenting atau melatah, samada secara positif mahupun secara negatif.

Selalunya apabila seseorang mengkritik atau meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap sikap kita, secara spontan kita akan respon atau bertindak melalui satu daripada 4 pilihan:

Pilihan 1: Kita biarkan saja orang itu mengkritik. Tiada apa-apa tindakan atau respon yang akan kita ambil. Masalah itu tidak akan ditangani dan kita buat ‘pekak’ sahaja.
(Pilihan ini sebenarnya akan memburukkan lagi masalah kerana kita sengaja tidak mahu mendengar atau mengambil tindakan susulan.)

Pilihan 2: Kita nafikan segala kritikan atau masalah yang telah dikemukakan atau disuarakan oleh si pengkritik.
(Pilihan ini menafikan hak seseorang itu untuk bersuara, seolah-olah keluhan atau hak untuk bersuara tidak diberi penghargaan.)

Pilihan 3: Kita beri alasan kenapa kita tidak respon atau bertindak seperti yang diharapkan.
Contoh:

AZMI: Awak sepatutnya menelefon saya semalam!

ZAMRI: Oh ya! Saya lupa la. Saya sibuk sangat semalam.

AZMI: Tapi saya menunggu sampai jam 6 petang! Sampai sudah awak tak call saya!

ZAMRI: Saya ingat awak pun selalu sibuk, jadi saya fakir lain kali ajelah.

(Pilihan ini akan membuat seseorang itu rasa lebih marah kerana kita tidak menghargai masa dan harapannya seperti yang telah dijanjikan. Jika tidak ditangani dengan betul akan mengakibatkan pertengkaran yang lebih hebat, yang mana tidak memberi apa-apa faedah kepada diri kita. Malah, akan membuat orang benci pada diri kita.

Nota: Menurut kolumnis Ann Wan Seng dalam bukunya bertajuk: “Rahsia Bisnes Orang Cina”, orang Cina amat pentingkan kepada menetapi janji. Contohnya: Apabila kita berjanji: “Nanti saya telefon balik”, jika seseorang menelefon kita, kita MESTI menelefonnya semula. Ia suatu amalan yang harus kita amalkan dan praktikkan secara konsisten dalam diri kita.

Pilihan 4: Kita ‘lawan balik’ kritikan yang dilemparkan terhadap diri kita. Ini seperti api lawan api.
(Pilihan ini mudah kita lakukan tetapi ia pasti akan memburukkan keadaan dan merosakkan perhubungan. Dalam situasi begini, selalunya ego yang tidak terkawal memainkan peranan dan menguasai diri kit. Mungkin pada saat itu kita berasa puas hati tetapi akhirnya hati kecil kita akan menyesal dengan tindakan atau respon yang kita beri. Jarang sekali dalam situasi begini sesuatu masalah itu akan dapat dirumuskan atau dapat diselesaikan secara baik. Akhirnya, orang lain sukar akan menghormati kita kerana kita mudah melenting atau melatah.)




No comments:

Post a Comment