Pages

Wednesday, February 9, 2011

Rejim Zionis tersepit


SEORANG kanak-kanak yang turut dibawa bapanya untuk menyertai tunjuk perasaan anti-Hosni Mubarak, mengibarkan bendera Mesir di depan kereta perisai tentera di Medan Tahrir, Kaherah, semalam.
SEORANG kanak-kanak yang turut dibawa bapanya untuk menyertai tunjuk perasaan anti-Hosni Mubarak, mengibarkan bendera Mesir di depan kereta perisai tentera di Medan Tahrir, Kaherah, semalam.


BEIRUT: Setiausaha Agung Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah (gambar) semalam berkata, Israel mengenakan tekanan terhadap semua institusi politik di seluruh dunia untuk melindungi Presiden Mesir, Hosni Mubarak.
Beliau berkata, revolusi di Mesir dan Tunisia baru-baru ini memaksa Israel mengkaji semula strategi keselamatannya apabila mendapati dirinya terpencil di Timur Tengah selepas kehilangan satu demi satu sekutunya.

Sayyed Hassan bagaimanapun memberi amaran mengenai pendapat sesetengah pihak bahawa revolusi di kedua-dua negara Arab itu adalah rekaan Amerika Syarikat (AS) dan agensi perisikan serta tenteranya.

Ketua Hezbollah itu menyifatkan anggapan itu sebagai tidak adil dan menghina kedua-dua negara Afrika Utara itu.

“Siapa yang boleh percaya bahawa AS akan berusaha menggulingkan rejim yang memenuhi segala permintaannya, rejim yang melindungi kepentingan dan projek Amerika di rantau ini?” katanya.


Beliau mengingatkan orang ramai dan kumpulan pejuang: “Mereka (AS) cuba menonjolkan diri mereka sebagai pelindung rakyat serta hak dan kepentingan mereka selepas puluhan tahun menyokong seorang pemerintah kuku besi paling teruk pernah kita lihat di rantau ini.”

“Seperti yang ditunjukkan dalam keputusan kajian pendapat yang dijalankan oleh institusi akademik Amerika, majoriti penduduk di rantau ini menentang dasar AS.
“Jika rakyat menentang rejim sesebuah negara, pentadbiran Amerika akan berdiri di tengah-tengah dan tidak akan menyokong sengketa berdarah dengan rakyat kerana ia tahu kesan amat buruk akan menimpanya dan juga sekutunya,” kata Sayyed Hassan.
“Ia akan cuba mempamerkan dirinya sebagai pelindung rakyat dan memberi jaminan beberapa bentuk peralihan kuasa kepada pihak yang akan mengekalkan hubungan dengannya dan melindungi kepentingannya,” kata pemimpin Hezbollah itu.

Jutaan penduduk Mesir mengadakan tunjuk perasaan sejak dua minggu lalu untuk mendesak Hosni meletakkan jawatan. - Agensi

No comments:

Post a Comment