Pages

Tuesday, February 8, 2011

Misteri 400 ekor haiwan dibunuh serigala




SEORANG pemburu upahan memegang seekor serigala yang mati ditembak.


VERKHOYANSK, Rusia – Seramai 24 orang diupah untuk membunuh sekumpulan serigala yang membunuh 400 ekor haiwan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Ganjaran yang ditawarkan kepada pemburu itu ialah AS$338 (RM1,026) bagi setiap seekor serigala yang mati dibunuh dan dihantar kepada para pegawai majlis pentadbiran tempatan.
Seorang pegawai pentadbiran daerah Verkhoyansk, Stepan Rozhin berkata, pemburu-pemburu upahan itu akan turut meronda di beberapa kawasan perumahan selain memasang perangkap serigala.
Skuad pembunuhan upahan itu diwujudkan selepas sekumpulan serigala membunuh lebih 30 ekor kuda hanya dalam masa empat hari.
Pakar-pakar haiwan kini bingung ekoran tindakan haiwan itu yang dipercayai melibatkan ratusan ekor serigala.
Menurut seorang pakar hidupan liar, Dr. Valerius Geist, serangan serigala itu dianggap sesuatu yang ganjil.
Bagaimanapun, katanya, makanan serigala itu, arnab semakin berkurangan menyebabkan haiwan tersebut tersebut terpaksa mengubah tabiat pemakanannya. – AgensiKosmo! Online - Dunia

No comments:

Post a Comment